UNESCO Club UniSZA Anjur Seminar "World Heritage Protection: Challenges & Responsibilities for Youth"

avatar Rio Rolis
  • URL berhasil dicopy
Kelab UNESCO Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berjaya menganjurkan satu seminar bertajuk "World Heritage Protection: Challenges & Responsibilities for Youth"
Kelab UNESCO Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berjaya menganjurkan satu seminar bertajuk "World Heritage Protection: Challenges & Responsibilities for Youth"

 

Malaysia, JatimUPdate.id - Kelab UNESCO Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berjaya menganjurkan satu seminar bertajuk "World Heritage Protection: Challenges & Responsibilities for Youth" pada 11 Jun 2026, dengan kehadiran seramai 30 orang jemputan daripada Kelab UNESCO Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan 20 orang ahli Kelab UNESCO UniSZA.

Program kolaborasi ini menjadi platform bertukar idea antara mahasiswa kedua-dua universiti dalam isu pemuliharaan warisan dunia.

Seminar dibuka dan dirasmikan oleh Penasihat Kelab UNESCO UniSZA, Encik Shahzool Hazimin bin Azizam , yang menekankan perlunya penyertaan aktif ahli kelab dalam setiap aktiviti yang dijalankan, yang selama ini tergolong cukup kerap.

UniSZA sentiasa mendokong usaha pelajar dalam mempertingkatkan keupayaan akademik dan perluasan jaringan kelab.

Peluang ini harapnya dapat dimanfaatkan dengan baik. Salah satunya ialah peluang untuk membina jaringan dan saling berkongsi pengetahuan bersama Kelab UNESCO UTHM yang datang melawat UniSZA bersama penasihatnya, Encik Ahmad Khirul Nizam bin Ali .

Seminar ini disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Suyatno Ladiqi dari Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, UniSZA.

Dalam ucapannya, penceramah menegaskan bahawa World Heritage atau Warisan Dunia haruslah dilindungi kerana ia merupakan sejarah dan khazanah negara bangsa yang tidak ternilai.

Beliau turut menekankan bahawa khazanah negara perlu dipulihara dan dipelihara dengan baik agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

Penceramah menjelaskan bahawa tapak warisan dunia bukan sekadar bangunan atau monumen, sebaliknya merupakan asas kepada jati diri, saling menghormati, dan dialog antara budaya.

Warisan ini merangkumi elemen ketara seperti monumen dan ekosistem, serta elemen tidak ketara seperti bahasa, ritual, dan tradisi yang masih hidup dalam masyarakat.

Antara isu utama yang dibincangkan ialah tiga ancaman besar terhadap tapak warisan iaitu perubahan iklim ( climate change ), konflik bersenjata ( arms conflict), dan ketidaksamaan akses teknologi ( digital divide).

Penceramah menekankan bahawa lebih 1,200 tapak warisan dunia kini berdepan risiko, dan generasi muda memikul tanggungjawab untuk bertindak, bukan sekadar memerhati.

Beliau memberi contoh bagaimana salji di Gunung Kilimanjaro semakin hilang dan Great Barrier Reef berdepan kehilangan biodiversiti akibat perubahan iklim (climate change).

Seminar turut menonjolkan kerangka penglibatan belia UNESCO yang berteraskan tiga tonggak iaitu kesedaran ( awareness), rasa pemilikan ( ownership), dan kepimpinan pemuliharaan ( stewardship ).

Menurut penceramah, peralihan ini penting kerana golongan belia perlu berubah daripada sekadar penerima manfaat kepada penggerak dan pembela yang membentuk masa depan warisan dunia.

Peserta turut didedahkan kepada langkah-langkah praktikal yang boleh diambil oleh golongan muda, antaranya menyertai kempen pemuliharaan, melakukan advokasi melalui media sosial dan platform digital, serta memetakan ancaman terhadap tapak warisan.

Penceramah juga menekankan agar pelancong menghormati peraturan tapak, adat tempatan, dan tradisi komuniti sebagai sebahagian daripada amalan pelancongan bertanggungjawab.

Sebagai konteks tempatan, seminar menyentuh enam tapak warisan dunia UNESCO di Malaysia iaitu Taman Negara Gunung Mulu, Taman Kinabalu, Bandar Bersejarah Melaka dan George Town, Warisan Arkeologi Lembah Lenggong, Warisan Arkeologi Kompleks Gua Taman Negara Niah, serta Forest Research Institute Malaysia Forest Park Selangor (FRIM).

Pengiktirafan tapak-tapak ini menunjukkan komitmen Malaysia dalam memelihara khazanah negara di bawah Konvensyen Perlindungan Warisan Budaya dan Semula Jadi Dunia 1972.

Seminar diakhiri dengan seruan kepada para peserta untuk menjadi pemimpin dalam usaha pemuliharaan warisan. Penceramah menegaskan bahawa warisan yang hilang hari ini tidak akan dapat dikembalikan pada masa hadapan; justeru, tindakan generasi muda hari ini akan menentukan tapak warisan mana yang mampu bertahan. _World Heritage sites are "irreplaceable places of Outstanding Universal Value"and they can be lost forever. (Tapak Warisan Dunia merupakan "tempat yang tidak dapat digantikan dengan Nilai Sejagat yang Luar Biasa"—dan ia boleh hilang selama-lamanya).

Kerjasama antara dua kelab UNESCO universiti ini mencerminkan komitmen golongan belia dalam memelihara warisan dunia sebagai identiti bersama yang patut dijaga untuk generasi akan datang.

Catatan Redaksi JatimUPdate.id, bahwa berita diatas merupakan rilis resmi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang diterima redaksi pada Jumat malam (12/06/2026) guna ditayangkan dengan menggunakan tata bahasa melayu Malaysia.(dh-unesco/rio/yh)