UNESCO UniSZA Anjur Program Perbincangan Dua Buku Bertema Autokrasi & “The Rationality of Foreign Policy”

Reporter : Deki Umamun Rois
Kegiatan Kelab atau Persatuan UNESCO Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Malaysia telah menganjurkan program Read, Reflect, Respond: Autocracy Edition secara hibrid.

 


Kuala Nerus, Terengganu, JatimUPdate.id – Secara khusus redaksi JatimUPdate.id pada Minggu pagi (10/05/2026) mendapatkan kiriman rilis dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Malaysia terkait kegiatan dan program universitas di negeri jarang tersebut.

Baca juga: Operation Epic Fury Akhirnya Berakhir

Pengirim yang merupakan kolega Redaksi JatimUPdate.id sempat bertanya apakah bila rilis tersebut berbahasa melayu (Malaysia) bisa dimuat, secara khusus Redaksi JatimUPdate.id merasa tersanjung dan akan memuat rilis tersebut secara otentik sesuai aslinya.

Berikut ini rilis berita tersebut : 

 

Kelab atau Persatuan UNESCO Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Malaysia telah menganjurkan program Read, Reflect, Respond: Autocracy Edition secara hibrid bagi membincangkan gejala kebangkitan autokrasi dalam konteks geopolitik semasa dan fenomena “Foreign Policy” semasa.

Kegiatan diselenggarakan di bilik Pusat Kesenian dan Warisan (PKW) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Malaysia pada pada Jumat (9/05/2026).

Program ini menumpukan perbincangan kepada dua buah karya akademik terkemuka iaitu Autocracy, Inc . (Renebook, 2025), tulisan Anne Applebaum dan How States Think: The Rationality of Foreign Policy (Yale University Press, 2023) karya John J. Mearsheimer dan Sebastian Rosato , sebagai cerminan untuk memahami dinamika dunia hari ini.

Panel pertama iaitu Danish Haikel , Mahasiswa hubungan antarabangsa UniSZA, menjelaskan bahawa dalam era globalisasi yang semakin mencabar, kebangkitan rejim autoritarian bukan lagi perkara yang berlaku secara tersendiri. Buku Autocracy, Inc. mendedahkan bagaimana negara-negara seperti Rusia, Venezuela dan Cuba tidak beroperasi secara berasingan, sebaliknya saling berhubung melalui jaringan kuasa, kewangan dan propaganda yang tersusun rapi bagi memastikan kelangsungan sistem pemerintahan autoritarian mereka di tengah-tengah tekanan demokrasi global.

Konflik Rusia-Ukraine yang masih berterusan menjadi bukti bagaimana autokrasi moden beroperasi.  

Pencerobohan atau penyerangan Rusia ke atas Ukraine bukan semata-mata tindakan ketenteraan, malah merupakan sebahagian daripada strategi yang lebih besar bagi menghakis nilai-nilai demokrasi liberal serta memperkukuh pengaruh autoritarian di rantau Eropah Timur.

Kremlin menggunakan propaganda bagi melemahkan sokongan antarabangsa terhadap Ukraine, sekaligus mengukuhkan kedudukannya di mata rejim-rejim  yanng sehaluan dengannya.

Di Amerika Latin pula, Venezuela dan Cuba menjelaskan bagaimana rejim autoritarian mampu bertahan walaupun menghadapi sekatan ekonomi dan tekanan antarabangsa yang berterusan.

Hal ini kerana rejim-rejim tersebut saling menyokong antara satu sama lain melalui bantuan kewangan, perkongsian teknologi pengawasan dan sokongan diplomatik, lalu membentuk sebuah ekosistem autoritarian yang sukar diruntuhkan dari luar.


“Foreign Policy” Rasional ≠ Kejayaan

Buku Kedua yang dibincangkan ini sangat popular, terutamanya mensikapi Peran Israel-Iran kebelakangan. Buku tersebut bertajuk How States Think: The Rationality of Foreign Policy karya Mearsheimer dan Rosato (Yale University Press, 2023). Panelis jemputan adalah Prof. Dr. Abubakar Ebyhara , yang merupakan profesor Hubungan Antarabangsa ternama, yang mengajar di Universitas Jember Indonesia.

Prof. Eby menjelaskan dengan detail isi buku ini terutamanya berkaitan dengan hujah atau argumen utama buku ini.

Baca juga: Perdamaian: Konstitusi, Islam, dan Justifikasi Teoritik

Negara biasanya rasional dalam dasar luar (foreign policy) kerana mereka menggunakan teori yang boleh dipercayai untuk memahami dunia dan membuat keputusan melalui proses deliberatif. Mereka menegaskan secara ringkasnya: rasionaliti ≠ kejayaan; rasionaliti ≠ moral; negara boleh rasional tetapi keputusan boleh gagal; tidak rasional tetapi boleh berjaya .

Contohnya adalah pencerobohan atau agresi Rusia ke atas Ukraine pada tahun 2022. Ramai pemimpin Barat menggelarkan Putin sebagai "tidak rasional" kerana: menyerbu Ukraine dianggap imperialistik; dianggap pasti akan kalah; dan melanggar norma antarabangsa. Walau bagaimanapun, Mearsheimer dan Rosato menolak pandangan ini. Nyatanya, Rusia tidak kalah, bahkan perang tak kunjung usai hingga sekarang. 

Mengapa begitu? Menurut penjelasan Prof. Ebyhara, berdasarkan buku tersebut perkara itu berlaku kerana dua alasan: 

1. Ia berdasarkan teori yang boleh dipercayai. Putin memahami pengembangan NATO sebagai ancaman eksistensial kepada keseimbangan kuasa Rusia. Ini, mereka berpendapat, adalah logik realistik klasik: Kuasa-kuasa besar sensitif terhadap ancaman berhampiran sempadan mereka, dan negara-negara akan menghalang perubahan buruk dalam keseimbangan kuasa.

2. Melalui proses musyawarah : Mereka menolak pandangan bahawa Putin bertindak sendirian. Penulis menunjukkan bahawa golongan elit Rusia yang lebih luas melihat NATO di Ukraine sebagai ancaman, rundingan dalaman berlaku, dan dasar muncul daripada konsensus golongan elit keselamatan Rusia.

Daripada ini, mereka membangunkan tesis bahawa banyak tindakan yang dianggap "gila" sebenarnya rasional apabila difahami dari perspektif strategik negara.

Sementara Panel selanjutnya iaitu Assoc. Prof. Dr. Suyatno Ladiqi, yang merupakan Pensyarah atau pengajar Hubungan Antarabangsa di FUHA UniSZA melengkapi penerangan yang diberikan oleh Prof. Eby. Menurutnya rationaliti lebih bertumpu kepada Tujuan atau Matlamat yang jelas ditambah Teori atau Andaian yang boleh dipercaya ditambah lagi dengan Bukti yang kukuh ( Rasionaliti = Matlamat/Tujuan + Teori yang Boleh Dipercayai + Bukti yang Relevan ).

Mearsheimer menunjukkan 10 peristiwa dunia yang mengamalkan dasar luar atau foreign policy secara rasional tetapi malah gagal. Misalnya, Nazi Jerman menyerang Uni Soviet pada Perang Dunia II. Matlamatnya adalah  menakluk Eropah sebelum AS masuk.

Teori atau Andaian nya adalah bahawa Soviet runtuh dalam serangan mendadak. Hasilnya adalah kegagalan kerana bukti bahawa Soviet mampu bertahan dalam badai salji tidak pernah didapati. Dasar Luar Nazi nampak rasional tetapi gagal ketika bukti di lapangan tidak pernah dianalisis sebelumnya.

Baca juga: Jurus Mabuk Trump : Kekuasaan Yang Kehilangan Arah Dan Kepercayaan Global

Buku ini juga mampu menjelaskan kenapa Mearsheimer ketika ditemubual oleh media, ketika berlangsung serangan Israel keatas Iran, beliau menyatakan bahawa meskipun keputusan Israel mungkin logic dan rasional dengan matlamat Perubahan rejim serta pemusnahan keupayaan nuklear dan peluru berpandu balistik Iran.

Adapun Teori atau Andaian nya adalah kekuatan udara secara bebas akan mencetuskan keruntuhan rejim Iran; rejim baharu akan menerima tuntutan AS–Israel .

Hasilnya adalah kegagalan kerana menurut Mearsheimer, Teori atau Andaian nya tidak berkredibiliti: kekuatan udara sahaja jarang menghasilkan perubahan rejim . Oleh itu, dasar ini gagal dalam ujian rasionaliti buku ini, kerana nyatanya bukti bahawa Iran memiliki keunggulan ketentaraan tidak dimiliki secara lengkap oleh Israel dan Amerika.

Manfaat untuk Mahasiswa

Kegiatan Bedah Buku seperti ini sememangnya mampu membuka cakrawala keilmuan khususnya di bidang hubungan antarabangsa. Mahasiswa hubungan antarabangsa memerlukan ruang dan momen seperti ini. Dengan membincangkan buku terbaru Mearsheimer ini, mahasiswa menjadi paham bagaimana dan kenapa Perang Israel-Iran berlangsung. 

Memperkaya intelektual adalah keperluan asas bagi seorang mahasiswa agar aspek kognisi boleh terus digosok lebih cemerlang. Demikian kesimpulan yang disampaikan oleh sang moderator, Mashitah Mustapa , mahasiswa tahun 3 hubungan antarabangsa. Acara juga berlangsung dengan lancar dengan pelbagai pertanyaan daripada para peserta. Pembawa acara, iaitu Azwanie Anis , mampu berjalan dengan baik dan lancar. Peserta secara bersemuka dihadiri oleh lebih daripada 50 orang mahasiswa hubungan antarabangsa dan perniagaan dan perakaunan, serta mahasiswa yang hadir secara online daripada Universitas Jember, Universitas Muhammadiyah Malang (UMM) dan Universitas Andalas.

Menurut Presiden Kelab atau Persatuan UNESCO UniSZA iaitu Kurnia Shahimi kegiatan akademik yang lain akan diadakan secara regular dan sudah merupakan tekad serta tujuan persatuan ini.

Oleh itu, diharapkan kegiatan ini mampu menyerap aspirasi mahasiswa dan sekaligus mampu menjadi penerang serta pemerkasaan intelektual mahasiswa UniSZA. (rilis/dek/yh)

Editor : Yuris. T. Hidayat

Politik Dan Pemerintahan
Trending Minggu Ini
Berita Terbaru