Lawatan Akademik Pelajar Hubungan AntaraBangsa FUHA UNISZA KE JABATAN Imigresen Kelantan Malaysia

avatar Rio Rolis
  • URL berhasil dicopy
Seramai 46 orang pelajar tahun akhir program Ijazah Bachelor Hubungan Antarabangsa, FUHA, UniSZA Malaysia telah adakan lawatan akademik ke Jabatan Imigresen. (Foto Humas UniSZA for JatimUPdate.id)
Seramai 46 orang pelajar tahun akhir program Ijazah Bachelor Hubungan Antarabangsa, FUHA, UniSZA Malaysia telah adakan lawatan akademik ke Jabatan Imigresen. (Foto Humas UniSZA for JatimUPdate.id)

 

Kuala Terengganu, Malaysia, JatimUPdate.id, - Seramai 46 orang pelajar tahun akhir program Ijazah Sarjana Muda (Bachelor) Hubungan Antarabangsa, Fakulti Undang-undang & Hubungan Antarabangsa (FUHA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Malaysia telah mengadakan lawatan akademik ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kelantan di Kota Bharu, baru-baru ini.

Lawatan ilmiah yang melibatkan mahasiswa subjek Strategic Studies (IRB 02103) di bawah seliaan Assoc. Prof. Dr. Suyatno Ladiqi ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara praktikal mengenai dinamika keselamatan sempadan, khususnya keselamatan bukan tradisional (Non-Traditional Security) .

Menariknya, program ini turut disertai oleh lima orang pelajar pertukaran (exchange students) Fakultas Hukum (FH), Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY) dari Indonesia.

Fokus utama taklimat akademik tersebut tertumpu kepada isu Jenayah Terancang Transnasional (Transnational Organized Crime) dan Migrasi, yang merupakan antara skop kritikal dalam silibus pengajian mereka bagi memahami realiti jenayah rentas sempadan Malaysia-Thailand.

Taklimat khas telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Kelantan, Puan Ruzaana binti Mohamed. Dalam perkongsian tersebut, beliau mengupas isu kompleks di mana jenayah sempadan kini dikesan menjadi sebahagian daripada 'norma' atau rantaian yang melibatkan jaringan keluarga penjenayah tertentu.

Jenayah antarabangsa di sempadan (border) Malaysia-Thailand memiliki karakteristik yang unik, iaitu dilakukan secara turun-temurun.

Ini yang menjelaskan bahawa bahaya keselamatan border bersifat latent atau berkekalan dengan skala yang sentiasa meningkat, seiring dengan kemajuan teknologi yang digunakan.

Tidak sahaja sukar membanteras penyelundupan manusia dan barang kerana sifat border yang sukar dikawal seperti sungai dan bukit, tetapi juga jalur tikus penyelundup tentu menjadi perkara yang merumitkan. 

Jenis jenayah pun muncul dengan pelbagai cara, yang sering di luar akal sekalipun, seperti penyelundupan dadah (drugs) yang diletakkan dalam perut lembu.

Atau kes Myanmar Putih dan Myanmar Rohingya yang masuk secara gelap dan menggunakan Kelantan sebagai negeri transit sebelum dihantar ke negeri lain seperti Selangor, Penang ataupun Johor.

Isu berkaitan warganegara Myanmar Putih (etnik Chin) dan sindiket dari China di Malaysia sering dikaitkan dengan jenayah rentas sempadan seperti pendatang tanpa izin, sindiket penipuan siber (scammer), penyeludupan manusia, dan pemerdagangan pekerja.

Lebih rumit sindiket Myanmar Rohingya jika tertangkap, sukar bagi pihak imigresen memulangkan balik kerana Rohingya dianggap bukan warganegara oleh kerajaan Myanmar. Jadilah beban negara yang terpaksa ditahan didalam negara.

Beliau turut memperincikan mekanisme pengoperasian pintu masuk sempadan negara yang meliputi laluan darat, laut, dan udara.

Menurut Puan Ruzaana, isu Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang menggunakan laluan tikus atau sempadan haram menuntut kekangan yang tinggi. Justeru, beliau menegaskan bahawa kawalan sempadan yang efektif mustahil dicapai tanpa integrasi dan kerjasama strategik antara Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan agensi keselamatan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pihak imigresen sentiasa konsisten melaksanakan pelbagai operasi penguatkuasaan bagi membanteras jenayah transnasional ini. Antara operasi impak tinggi yang dilaksanakan secara berkala termasuk Ops Sapu, Ops Selera, Ops Kutip, dan Ops Gegar," katanya.

Menyentuh cabaran era globalisasi, landskap jenayah transnasional kini menjadi semakin rumit untuk dibatasi. Faktor geografi seperti kawasan pesisiran pantai yang luas dan terbuka sering dieksploitasi oleh sindiket penyeludupan manusia untuk meloloskan PATI melalui laluan laut.

Lebih membimbangkan, kecanggihan teknologi moden dan media sosial kini disalahgunakan oleh penjenayah sebagai medium penipuan bagi aktiviti pemerdagangan manusia, yang sasaran utamanya adalah golongan muda.

Sementara itu, Assoc. Prof. Dr. Suyatno Ladiqi berpendapat bahawa lawatan ini memberi impak yang sangat besar kepada mahasiswa.

Kelantan yang sering dikategorikan sebagai 'negeri transit' utama bagi kemasukan PATI memberikan landskap kajian kes yang realistik kepada pelajar. Globalisasi memudahkan para penjenayah melakukan aktivitinya dan sekaligus memperumit cara mengatasinya dari pihak JIM.

Globalisasi ibarat pedang bermata dua, disatu sisi membuat kehidupan masyarakat semakin mudah berkat teknologi dan kemudahan lainnya, tetapi di sisi lain memberikan peluang besar bagi penjenayah antarabangsa melakukan aktivitinya dalam pelbagai bentuk yang moden.

Melalui dialog interaktif bersama penguat kuasa yang berpengalaman luas seperti Puan Ruzaana, pelajar dapat mengaitkan teori bilik kuliah dengan realiti sebenar di lapangan.

Ini penting dalam memupuk tanggungjawab memelihara kedaulatan negara dan membangkitkan kesedaran bahawa sempadan memiliki tanggung jawab bersama yang harus dipikul bersama antara kerajaan dan sokongan masyarakat.

Sesi taklimat tersebut berlangsung secara interaktif, dengan para pelajar aktif mengemukakan soalan kritikal mengenai langkah-langkah pihak Imigresen dalam mendepani ancaman keselamatan masa akan datang ini.

Pertanyaan tentang jenis-jenis baru jenayah antarabangsa juga banyak disampaikan. Tentu ini menjadi bahagian penting bagi rombongan pelajar, yang dipimpin oleh Nur Atiqah Norazlan , tidak sahaja boleh menyelesaikan tugasan kelas subjek Strategic Studies tetapi juga membawa wawasan baru tentang bagaimana Transnational Organised Crime bekerja.

Catatan Redaksi JatimUPdate.id, artikel berita ini langsung dari humas UniSZA Malaysia dengan bahasa asli melayu Malaysia sehingga dipublikasikan tetap dengan bahasa asli agar publik Indonesia bisa semakin mengenal bahasa melayu Malaysia. (rio/yh)